Jumaat, 30 April 2010

A. Samad Said

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Abdul Samad bin Muhammad Said
ASamadSaid.jpg
A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986.
Kelahiran 19 April 1925 (umur 85)
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka
Pekerjaan Pengarang
Kerakyatan Malaysia
Tempoh penulisan 1941 -
Genre Fiksyen sastera, Sajak, catatan perjalanan

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935) ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal.

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

Karya

[sunting] Penglibatan memperjuangkan bahasa

Dato' A Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.

Untuk mendapat kuasa, pemimpin UMNO menggunakan bahasa Melayu. Tetapi setelah berkuasa mereka membuang bahasa Melayu. Penonton hendaklah jerit 'Gunakan Bahasa Inggeris' jika mereka masih berbahasa Melayu. Orang Melayu bolehlah undi sesiapa sahaja kecuali UMNO. Hanya PAS atau Keadilan yang boleh menyelamatkan orang Melayu. [1]

A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Anwar Ridhwan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dato' Dr.
Anwar Ridhwan
Anwar Ridhwan

Dato' Dr. Anwar Ridhwan


Sasterawan Negara Malaysia
Tempoh berjawat
2009 – kini
Didahului oleh S. Othman Kelantan

Novel berjudul "Naratif Ogonshoto" atau "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya.[1]

Biodata

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.

Dunia penulisan

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).

Pencapaian

  1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
  2. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
  3. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
  4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
  5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
  6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
  7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
  8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
  9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.

Syed Othman bin Syed Omar

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Syed Othman bin Syed Omar
Syed Othman  bin Syed Omar

Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya)


Sasterawan Negara Malaysia
Tempoh berjawat
2008 – 2009
Digantikan oleh Anwar Ridhwan

Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan serupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah:

  • Angin Timur Laut (1969);
  • Juara (1976);
  • Wajah Seorang Wanita (1990); dan
  • Nagogho Astana (1997).

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:

dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

Biodata

S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.

Abdullah Hussain

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.

Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.

Karya-karya

Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum, di antaranya:

Novel

  1. Dia...Kekasihku. Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941.
  2. Kasih Isteri. Johor Baru, The Annies Printing Works, 1941.
  3. Amin Pemuda Desa. Pulau Pinang: Angkatan Baru, 1947.
  4. Berenang di Lautan Madu. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  5. Kalau Tidak Kerana Tuan. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  6. Jangnlah Jangan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  7. Si Bulat Pemuda Desa. Diterbitkan Terang Bulan, 1964.
  8. Terjebak. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  9. Peristiwa. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  10. Rantau Selamat. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  11. Interlok. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1971.
  12. Intan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1973.
  13. Noni. Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1976.
  14. Buih di Atas Air. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980.
  15. Masuk ke Dalam Cahaya. Kuala Terengganu: 1983.
  16. Imam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1995.
  17. Cerpen: Hadiah (bersama A. Bakar Hamid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973.
  18. Jejak Langkah (bersama Imail Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
  19. Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1977.
  20. Kota ke Kota. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.
  21. Sebuah Impian (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1979.
  22. Tinta Pena (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1981.
  23. Bunga Gunung (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982.
  24. Sebuah Pekan Bersama Semporna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
  25. Menunggu Ratu Adil (antologi bersama). Kuala Lumpur: Abadi Sdn.Bhd., 1984.
  26. Dongeng Merdeka (antologi bersama). Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1985.
  27. Dari Kota Cahaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1997.

Drama

  • Di Atas Pentas (antologi bersama). Kuala Lumpur: Tra-tra Publishing & Trading Sdn.Bhd., 1984.

Esei/Kritik

  • Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

Autobiografi

  • Sebuah Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Biografi

  1. P. Ramlee Seniman Agung. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd., 1973.
  2. Pendeta Za’ba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.

Terjemahan

  1. Orang Tua dengan Laut (karya Ernest Hemingway). Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961.
  2. Bumi Bertuah (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1962.
  3. Mutiara (karya Johan Steinbeck). Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1962.
  4. Angin Timur Angin Barat (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964.
  5. Lorong Midaq (karya Naguib Mahfouz). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Buku-buku umum

  1. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965.
  2. Kamus Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.
  3. Balabatu dan Lain-lain, Kata Sembunyi. Singapura: Harmy Press, 1959.
  4. Bunga Bahasa. Singapura: Malay Publishing House Ltd., 1961.
  5. Pertemuan Sasterawan Nusantara V (bersama Mohd. Shahri Hussin). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
  6. Canai Budi (kumpulan peribahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1997.

Noordin Hasan


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sasterawan Negara Malaysia Noordin Hassan dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.

Noordin Hassan memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah kekalahan Jepun, beliau melanjutkan pelajaran di Penang Free School. Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Semasa di Kirkby, beliau mendalami Kesusasteraan Inggeris dan Barat, terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Moliere. Pada tahun 1962, beliau melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa dan Sastera Inggeris. Pada akhir tahun 1976, beliau mengikuti kursus Drama dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle.

Karya

Penglibatan Noordin Hassan dalam bidang kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama dan teater. Sepanjang penglibatannya dalam dunia drama mulai 1953, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buat drama dan kareografi tarian. Noordin Hassan terkenal dengan gelaran ‘Datuk Drama dan Cikgu Drama’.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Noordin Hassan ini adalah seperti mengetengahkan konsep teater fitrah serta sering bereksperimen dengan bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu.

Antara karya Noordin Hassan yang ternama ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah. Teater-teater Noordin Hassan ini banyak dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan mempunyai beberapa kumpulan drama yang dibukukan seperti buku Kumpulan Drama Bukan Lalang Ditiup Angin 1972 yang memuatkan dramanya Tiang Seri Tegak Berlima dan Pintu. Sebuah lagi kumpulan dramanya dinamakan Anak Tanjung : Children of This Land (1999). Drama-drama beliau telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anugerah

Antara anugerah yang pernah digondol Noordin Hassan ialah Hadiah Sastera 1972 dengan drama Bukan Lalang ditiup Angin, bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1979, Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1987 dan 'Anugerah Sasterawan Negara’ pada tahun 1993 manakala pada tahun 1994, Noordin Hassan dianugerahkan Pingat Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang yang membolehkan beliau bergelar Datuk Noordin Hassan.

Muhammad Haji Salleh

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara, iaitu pada tahun 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997.

Biodata

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam ,Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England. Setelah itu, beliau menuntut di Universiti Malaya, Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat Ph. D.

Kerjaya

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Malahpernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Kesusasteraan Melayu

Fokus penulisan beliau ialah puisi dan kritikan sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau telah mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi. Sajak dan kritikan sastera beliau diterjemah ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, ]]Rusia]], ]]Sepanyol]], Thai , Vietnam ,Portugis dan Perancis. Teks sastera klasik yang dikajinya ialah Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah dan lain-lain yang menonjolkan jati diri Melayu.

Karya

Profesor Dr Muhammad telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya termasuklah 11 buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.[1]

  • Poetika Sastera Melayu

Muhammad Dahlan bin Abdul Biang

Arena Wati

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Muhammad Dahlan bin Abdul Biang, Andi Mohalan Andi Beang[1] atau lebih dikenali sebagai Arena Wati (lahir 30 Julai 1925, meninggal dunia 25 Januari 2009) ialah Sasterawan Negara Malaysia tahun 1988. Nama pena lainnya ialah Duta Muda dan Patria.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena mendapat pendidikan awal di sekolah Belanda, Hollands Indische School, sebelum meletus Perang Dunia II. Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau menamatkan pengajian menengahnya di Makasar pada tahun 1953.

Selepas tamat persekolahan, Arena bekerja dengan syarikat penerbitan di Singapura, dan kemudiannya ke Johor Baru dan Brunei. Dalam tempoh ini, beliau telah menjadi warganegara Malaysia dan antara tahun 1962 hingga 1974, beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara dan akhirnya menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988. Kebanyakan karya Arena Wati berbentuk akademik, imiginatif, mencabar minda dan kritikannya pedas dan berbisa.

Keluarga

Isterinya Halimah Sulong dan enam orang anak, Rahmahwati, Hiryati, Ilhamuddin, Ratna Siti Akbari, Hasanudin dan Kamaluddin Rostov.

Karya

Novelnya yang pertama ialah Kisah Tiga Pelayaran pada tahun 1959 di Singapura. Selepas itu beliau terus menulis termasuk:

  • Lingkaran (1962)
  • Sandera (1971)
  • Rontok (1980)
  • Bunga Dari Kuburan (1987)
  • Kuntum Tulip Biru (1987)
  • Sakura Mengorak Kelopak (1987)
  • Panrita (1993).
  • Sukma Angin (1999)
  • Cakra Waruga (KN)
  • Sebuah Trilogi Tiga Genre(KN)
  • Sebuah Trilogi Tiga Genre(KT)
  • Trilogi Busa - Busa Hati
  • Trilogi Busa - Busa Sukma
  • Trilogi Busa - Busa Kalbu
  • Trilogi Armageddon : Mandala (2004)
  • Trilogi Armageddon : Menorah
  • Trilogi Armageddon : Pentagon
  • Warna Sukma Usia Muda

Lain-lain karyanya ialah Eno (1985), Syair Pangeran Syarif (1989), Syair Pangeran Syarif Hasyim Al-Qudsi (1989), Syair Perang Cina Di Monterado (1989), Burung Badai (1990), Turina (1991), Citra (1991),Memoir Arena Wati Enda Gulingku (1991), Ombak Samudera (1992), Meniti Kala by Arena Wati (1993), Panrita (1993), Sudara (1994), Mevrouw Toga (1995), Begawan (1996), Jejak Kreatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Koleksi Terpilih Arena Wati (1996), Sukma Angin (1999), Getar-Getir Maya Kumpulan Cerpen (2000), Trilogi Busa (2002).

Armageddon (2004), Kutukan Dari Langit (2004), Langkah Pertama Kumpulan Cerpen Awal, 1954-1959 (2004), 7 Tegak Bersama (2005), Warna Sukma Usia Muda (2005) dan yang terakhir Cakra Waruga (2006).

Kebanyakan karya beliau mempunyai tema permasalahan kelompok bawahan dan berkisar mengenai nasib atau pembelaan terhadap golongan tertindas yang digarap dari pengalaman merantau dari pulau ke pulau di Nusantara.

  • Novel Sandera menjadi teks kajian Sastera SPM sekitar tahun 1980-an.
  • Trilogi Bara-Baraya yang disiapkan ketika dirawat di HUKM berkisar mengenai perjuangan Melayu Nusantara. Rakannya A. Samad Said menyifatkan Arena Wati sebagai sesuatu yang amat bernilai dalam arena sastera.

Pencapaian

  • SEA Write Award (1985)
  • Anugerah Sasterawan Negara (1987).
  • Sukma Angin (1999) memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1998/99.
  • "Anugerah Penulisan Asia Tenggara 1985" (SEA Write Award) daripada Paduka Raja Thai
  • Pemenang Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) 2003.

Meninggal dunia

Jenazah Arena Wati dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Beliau dirawat di Hospital HUKM Bandar Tun Razak sejak 20 September 2008 kerana barah paru-paru.