Jumaat, 30 April 2010

Shahnon Ahmad

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (lahir 1933 di Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Shahnon telah menulis beberapa buah buku, di mana yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM (1999), sebuah satira politik kontroversi. Buku tersebut sering merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti komponen utamanya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), serta bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Terdapat beberapa cubaan oleh kerajaan untuk mengharamkan buku tersebut serta menarik balik gelaran Sasterawan Negara daripada Shahnon.[1]

Beberapa novel lain karangan Shahnon termasuklah Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965).

Shahnon juga merupakan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Beliau tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2004 yang menyaksikan PAS kehilangan kerusi tersebut kepada BN.[2]

Anjing-anjing, 1964
Debu merah, 1965
Rentong ,1965
Terdedah (1965)
Ranjau Sepanjang Jalan ,1966
Protes, 1967
Perdana, 1969
Srengenge (1973)
Sampah, 1974
Menteri, 1976
Kemelut, 1977
Selasai sudah, 1977
Seluang menolak Baung, 1978
Penglibatan dalam puisi, 1978
Gubahan novel, 1979
Kesusasteraan dan etika Islam, 1981
Al-syiqaq, 1985
Tok Guru, 1988
Sutan Baginda (1989)
Ummi dan Abang Syeikhul, 1992
Pongang sastera: gema karya kreatif dan kesannya terhadap khalayak, 1995
Shit@Pukimak (April 1999)
Maha Maha (1999)
Nurul Anak Papaku (1999)
Muntah (Jun 2000)
Lamunan Puitis Sebuah Trilogi, 2003
Revolusi Yang Ditangguhkan (2009)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan